11 mei 1989 aku dilahirkan dengan penuh kasih sayang oleh ibuku, ayahku, abgku dan kakakku..aku dilahirkan sempurna dan sihat..siapa tahu..itu tidak kekal lama..
bila usiaku menginjak 10tahun..aku mengalami masalah kesihatan..tapi bukan sahaja aku tidak faham dengan keadaan sendiri..meskipun ingin menyatakan ketidak selesaan aku..tapi aku tidak mampu..ibu ayah menganggap aku sempurna..padahal aku merasakan ada kekurangan terharap diriku ketika itu..
akhirnya aku megerti..ea..aku tidak mampu mendengar..sunyi seketika dunia ini bagiku biarpun hanya dapat mendengar sedikit..namum bagiku dunia sangat sunyi..
walaupun aku tidak sempurna macam orang lain..aku cuba untuk merahsiakan daripada ibu ayah..aku takut..tiap kali aku pergi sekolah..tiap kali melalui kelas khas yang ada di sekolah..aku berdebar..takut aku akan menghuni kelas tersebut..sebab itu aku nekad untuk berlagak normal..akhirnya aku berjaya walaupun tidak mengdengar apa yang cikgu ajar..kadang aku sanggup bersekang mata tiap tiap malam..untuk belajar sendiri..syukur aku diberikan otak yang sedikit bijak untuk memahami apa yang diajarkan..
akhirnya aku berjaya jua menamatkan spm..walaupun byk kenangan pahit dari manis..tiap kali dibuli diumpat kerana kekurangan aku..
aku redha dengan apa yang terjadi..tidak pernah aku merasakan kekurangan ini penghalang untuk berjaya..
aku akui semasa di form 5 aku memberontak..mungkin kerana aku ingin sempurna seperti orang lain..
malangnya aku lambat tersedar..sehingga spm aku tidak memberangsangkan..
hari itu..
aku mula berani mengaku kepada ayah rahsia yang aku simpan selama ini........
Sunday, May 22, 2011
kehidupan part 1 ..=)
taiko nursha kina at 12:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment